Baru-baru ini, Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) telah mengeluarkan kenyataan berbentuk amaran kepada pemain-pemain skuad negeri itu agar menjaga disiplin mereka atau bersedia menghadapi tindakan pemotongan gaji jika lewat hadir ke sesi latihan. Amaran yang dikeluarkan oleh Presiden PBSNT Datuk Che Mat Jusoh ini bertujuan agar pemain-pemain skuad itu serius dalam menghadapi saingan Piala Malaysia dimana pemain yang lewat hadir 10 minit dari masa latihan yang telah ditetapkan, sebanyak RM100 akan dipotong dan diikuti RM50 jika lewat 5minit lagi dan RM50 bagi minit-minit yang berikutnya. Tetapi, sejauh manakan hukuman yang dikenakan ini mampu mengubah sikap sambil lewa pemain-pemain tersebut?
Dalam hal ini, pada pandangan saya, ia merupakan satu tindakan yang berasas dan wajar dilaksanakan bagi memastikan pemain-pemain mengambil serius terhadap karier mereka kerana ini melibatkan jumlah wang yang banyak. Selain itu, wang yang diberikan kepada pemain diberikan kepada yang wajar menerima sahaja dan ini dapat mengelakkan pembaziran.
Adalah lebih baik, wang yang diberikan kepada pemain yang tidak berdisiplin ini diberikan kepada pemain yang memberikan menonjolkan persembahan yang baik dalam pertandingan dan perlawanan yang mereka sertai.
Tujuan dilaksanakan hukuman tersebut agar pemain boleh memulakan dan menamatkan latihan mereka lebih awal agar pemain tidak terlajak menunaikan solat maghrib jika latihan tersebut dijalankan pada waktu petang. Ini juga bertujuan agar pemain lebih cergas dan tahu menghargai masa yang telah ditetapkan dimana pemain akan lebih pandai menguruskan masa mereka disamping memperolehi wang gaji dengan lebih berkat lagi.
Tidak mustahil, jika mereka sentiasa mencari keberkatan dalam misi mereka untuk mencapai matlamat mereka, InsyaAllah, persembahan mereka akan bertambah baik dan hati-hati mereka akan lebih tenang dalam menghadapi apa jua situasi yang bakal mereka hadapi.
Friday, July 18, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Kalau dah le buat cara lain .. tindakan ini mungkin dianggap bagus kerana kalau tak semua akan anggap latihan adalah benda yg remeh temeh dan tidak penting.. Melalui cara ini mungkin boleh meningkatkan lagi displin mereka..walaupun kerana terpaksa rela
Post a Comment