Sunday, September 21, 2008

Strategi Baru Memastikan Hoki Layak ke London 2012

Menurut Datuk Ismail Sabri Yaakob, Kementerian beliau (KBS) akan mewujudkan satu jawatankuasa kerja dalam usaha untuk memastikan impian sukan hoki mampu layak ke Sukan Olimpik London 2012.

Pasukan hoki negara kini berada di ranking ke-15 dunia kini akan berusaha melayakkan pasukan tersebut untuk beraksi di London kelak. Dengan itu, KBS kini sedang merangka untuk melaksanakan idea-idea baru yang InsyaAllah mempu meningkatkan prestasi pasukan hoki kita.

Beberapa kelemahan pasukan hoki ini telah dikenalpasti dan beberapa langkah telah dicetuskan untuk mengatasi masalah ini. Antara permasalahan yang dihadapi adalah seperti masalah jurulatih, permakanan, sains sukan dan pembentukan pasukan hoki itu sendiri.

Antara langkah yang bakal diambil oleh KBS ialah mengambil jurulatih asing bagi meningkatkan prestasi pasukan hoki negara. Walaubagaimanapun, ini tidak bertujuan untuk mengetepikan jurulatih tempatan kerana ia juga dapat memberi manfaat kepada jurulatih tempatan mempelajari teknik-teknik baru disamping merangka strategi yang lebih mantap di masa akan datang...

1 comment:

red pineapple said...

apa2 pun... semuanya bermula dari diri atlit itu sendiri... pemain dahulu bermain dengan mengalas harapan seluruh rakyat malaysia... pada mereka, bersukan itu seperti satu tanggungjawab kepada peminat dan negara... mereka tunaikan sehabis baik...