Sunday, October 19, 2008

Chong Wei mungkin “berehat” Terbuka Denmark

Bagi memastikan gelaran no. 1 dunia dipegang oleh Datuk Lee Chong Wei, beliau kini mempertimbangkan keputusan untuk tidak bertanding di Terbuka Denmark bagi membuka peluang untuk beliau menumpukan sepenuh latihan untuk Terbuka France.

Ini kerana Chong Wei mengadu kurangnya kecergasan adalah faktor beliau gagal untuk menonjolkan aksi yang terbaik dalam pertandingan yang lepas. Keputusan untuk berehat dari menyertai Terbuka Denmark untuk memastikan beliau benar-benar bersedia untuk menghadapi lawan di Terbuka France yang bakal berlangsung pada 28 Oktober hingga 3 November ini.

Beliau juga menyatakan bahawa kerana kondosi yang kurang baik, ini hanya akan mengakibatkan kekalahan dan berkemungkinan beliau akan gagal menonjolkan aksi yang terbaik di Terbuka France nanti.

Tindakan yang bakal diambil ini akan dibincangkan dengan jurulatih beliau, Datuk Misbun Sidek dengan mempertimbangkan segala aspek agar keputusan yang di buat kelak tidak memberi implikasi yang buruk kepada prestasi dan reputasi Datuk Lee Chong Wei.

1 comment:

yokohamarinos said...

jika terlalu penat mengikut jelajah, tiada masa untuk meningkatkan kecergasan..... ini yg berlaku.... ukur baju di bdn sendiri.... sokong dato chong wei.... rehat yg mencukupi penting... untuk fizikal dan mental...