Sunday, October 26, 2008

Kekalahan Malaysia: Di mana silapnya?

Pasukan bolasepak Malaysia yang menjangkakan kemenangan di "Merdeka Tournament" tewas kepada pasukan Vientnam 6-5 hasil sepakan penalti setelah kedua-dua pasukan gagal memboloskan gaung gol pihak lawan sepanjang pertandingan itu berlangsung.

Keputusan ini sememangnya mengecewakan penyokong Malaysia sendiri yang mengharapkan agar pasukan Malaysia mampu merangkul takhta juara. Sehari sebelum pertandingan, pasukan Malaysia melahirkan rasa penuh keyakinan untuk menumpaskan Vietnam tetapi akhirnya ia berkesudahan dengan kemenangan berpihak kepada pasukan Vietnam.

Persoalannya, di manakah kesilapan pasukan Malaysia? Adakah kerana Malaysia terlalu yakin sehinggakan lalai dan memandang rendah pasukan lawan atau ia sememangnya pasukan Vietnam kuat dari segi strategi, pertahanan mahupun serangan??

Walaupun persoalan ini berlegar di dalam benak kita, takdirnya telah tersurat dan nyata Vietnam bukanlah pasukan yang harus dipandang rendah. Kekalahan ini harus dijadikan sebagai iktibar kepada pasukan Malaysia di masa hadapan dalam usaha mencapai kecemerlangan.

1 comment:

ika said...

"Biarlah jatuh dari pohonan mangga..agar dahan bisa dipaut..
tapi usah jatuh dari pohon kelapa..kerana tiada dahan lagi untuk dipaut"

Jatuh bangun adat manusia..
Kerana disitulah mereka akan mengerti manisnya kejatuhan itu setelah memahami erti kejayaan sebenar dari sebuah kegagalan..