Sunday, July 27, 2008

Kitar Semula sebagai punca pencarian Rakyat Haiti

Rakyat Haiti yang kini berdepan dengan krisis pengangguran dan menurut berita, mereka hanya menerima kurang dari AS$2 sehari menyebabkan mereka terpaksa mencari inisiatif lain untuk menampung kehidupan seharian mereka. Cara yang mereka pilih ialah untuk mencari bahan-bahan yang boleh dikitar semula.

Bahan-bahan seperti besi-besi skrap, botol-botol plastik malahan kereta-kereta yang terbengkalai menjadi sasaran golongan ini untuk dijual ke kilang seperti GS Industries SA, salah sebuah kilang kitar semula terbesar dibandar itu. Kemudian, kilang tersebut akan melebur serta mencairkan bahan-bahan tersebut dan seterusnya dieksport ke negara Amerika dan Asia.

Usaha sebegini seharusnya dicontohi oleh rakyat-rakyat negara kita kerana dengan adanya usaha sebegini, negara kita bukan sahaja dapat mengurangkan kadar longgokan sampah yang tidak dapat dilupus, malahan ia dapat membantu meningkatkan ekonomi negara dan menjaga alam sekitar kita dari tercemar hasil dari pembakaran terbuka bahan-bahan yang tidak dapat dilupuskan seperti bahan-bahan plastik dan polestrin. (betulkan andai salah eja)

2 comments:

aiShaH said...

salam syidi..

Mmg barang2 yg boleh dikitar semula dapat memberi pendapatan yang lumayan.. cuma jangan malu apabila nak buat kerja ini.. pendapatan bagi mereka yang rajin boleh mencecah ribuan ringgit sebulan

mursyidi mohd diah said...

yes..benar tu..sebab one of my family members ade yang dh jadi tauke kilang kitar semula. bermula dari hanya wat suke kini menjadi satu profesyen yang mengubah kehidupan dia.