Friday, July 18, 2008

Seni Mempertahankan Diri Satu Keperluan

Generasi muda kini terutamanya remaja dan belia digalakkan mempelajari seni mempertahankan diri sebagai satu asas persediaan menghadapi sebarang kejadian yang tidak diingini ke atas diri mereka. Melalui pemahaman dan mempelajari seni mempertahankan diri, secara tidak langsung ia meningkatkan kepekaan dan lebih berwaspada pada persekitaran di sekeliling mereka.

Seni mempertahankan diri perlu dipelajari oleh remaja mahupun golongan dewasa terutama golongan wanita yang sering menjadi mangsa manusia yang tidak berhati perut. Dengan mempelajari seni mempertahankan diri, ia mampu meningkatkan daya ketahanan fizikal mahupun mental disamping meningkatkan keyakinan ketika berhadapan dengan situasi yang mencemaskan dan membahayakan keselamatan diri dimana mereka yang dilengkapi seni mempertahankan diri mampu berfikir dengan tenang dan menghadapi situasi tersebut dengan bijaksana.

Selain itu juga, dengan mendalami seni mempertahankan diri, ia membantu mendisiplinkan diri pelatih dan ia juga sebagai satu senaman yang menyihatkan badan dan pelatih dapat memanfaatkan masa dengan lebih baik iaitu dengan mengisi masa mereka dengan mempelajari seni mempertahankan diri.

Fahaman sesetengah ibu bapa yang tidak membenarkan anak-anak mereka menyertai dan menpelajari seni mempertahankan diri kerana bimbang anak-anak mereka terlibat dalam aktiviti atau gejala buli harus dikikis kerana seni mempertahankan diri sangat bermanfaat kepada anak-anak mereka sebagai satu benteng mempertahankan diri dari diserang.

Ibu bapa harus faham bahawa setiap seni mempertahankan diri bukan sahaja mengajar bagaimana untuk mempertahankan diri dari serangan dan membalas serangan, tetapi elemen seperti tatasusila, adab sopan, moraliti dan juga nilai-nilai murni juga ada diterapkan oleh mahaguru mahupun sifu yang mengajar agar pelatih bukan sahaja mahir dalam seni mempertahankan diri bahkan mereka juga tahu membezakan yang mana baik dan yang mana buruk dan memanfaatkan apa yang mereka pelajari semaksima mungkin.

4 comments:

lincah_kadok said...

mempertahankan diri tu kan harus malah disunatkan dlm agama kita.. yg penting utk kebaikan dan maruah diri terjaga....correct me if i wrong

mursyidi mohd diah said...

yes..u r right lincah..ia salah satu perkara yang menjadi sunnah..cuma pendekatan dari guru silat itu yang akan membezakan adakah dia membawa penuntutnya semakin hampir pada Yang Maha Esa atau menjadi taqbur dan bangga diri..tq sbb berkongsi pendapat

aiShaH said...

Seni mempertahankan diri mmg amat penting la ni.. Baik untuk lelaki atau wanita.. cuma kena cari guru yg betul-betul

sweet lurve. said...

memperthankan diri mang bgus..
but,ikutlah cara2 islam..jgn ade yg mnggunakan unsur lain dalam seni 2 sendri..