Sunday, July 27, 2008

Langkawi Pilihan pelayar luar

Menjelang Beijing 2008 ini, semua atlet giat berlatih dengan mencuba pelbagai teknik dan cara yang mempu meningkatkan prestasi mereka. Tapi di sudut ruang yang kecil ni, saya nak memfokus pada sukan Perahu Layar. Baru-baru ini, beberapa kumpulan atlet dari luar negara telah berminat untuk datang ke Malaysia, menjalani latihan mereka di Langkawi.

Adapun dikhabarkan mereka ini dari negara-negara yang mengalami musim sejuk sehinggakan pantai-pantai mereka mampu membuatkan mereka beku (agaknya la). Tapi saya puji mereka kerana mereka bijak mengambil strategi dan inisiatif lain untuk membuat latihan. Maka dengan bangganya Malaysia pun dipilih sebagai destinasi latihan sambil melancong la kiranya ni.

Perkara ini masih dalam perbincangan sebenarnya dan ini akan memberi manfaat kepada atlet negara kita untuk berlatih sama dengan mereka sekiranya perkara ini menjadi kenyataan. Hal ini mampu menyuntik semangat dan meningkatkan prestasi atlet untuk menghadapi Sukan Asia 2010 di Beijing.

Peluang sebegini harus dimanfaatkan oleh atlet negara kita untuk menimba sebanyak mana ilmu dari kedatangan atlet-atlet luar ini disamping merangka strategi untuk menghadapi Sukan Asia 2010.

2 comments:

aiShaH said...

Saya setuju dgn pendapat awak shidi.. kita hendaklah ambil peluang untuk melihat dan belajar dgn lebih dekat bagaimana latihan mereka dijalankan..

yokohamarinos said...

bkn sj di langkawi... selangor pun ade... skuad renang australia jalani latihan di selangor, utk menyesuaikan diri dengan suhu negara asia.... kita patut amik peluang... tgk corak latihan, mane tahu dia lepas buaya ka kt kolam renang... 2 laju je...