Thursday, July 17, 2008

Program Kemasyarakatan - Bersukan Mengeratkan Silaturrahim

Dahulu, ketika saya masih di zaman kanak-kanak, di zaman 90-an, kami, kanak-kanak, belia mahupun bapa-bapa, ibu-ibu mahupun orang-orang tua, mengisi hujung minggu dengan mengadakan aktiviti seperti penganjurkan pertandingan sepak takraw, pertandingan wau, hari keluarga, gotong royong dan lain-lain. Boleh dikatakan pada ketika itu, masalah sosial seperti mat rempit, bohsia, bohjan dan lain-lain yang melibatkan remaja dan belia sangat minimum dibandingkan masa kini. Selain itu, diadakan juga program seperti pertandingan kampung tercantik, kampung terbersih, kampung teraktif dan lain-lain program kampung yang mana sangat membantu dalam usaha untuk mengeratkan silaturrahim sesama penduduk kampung.

Walaubagaimanapun, kini, tradisi serta amalan itu semakin pudar, semakin tidak mendapat sambutan dan semakin kelam dan suram ditelan arus masa dan permodenan kini. Kanak-kanak kini tidak lagi seaktif dan sekreatif kanak-kanak zaman dahulu. Belia kini sudah semakin kurang yang boleh diambil sebagai belia harapan, ibu-bapa kini sibuk melayan kerja yang bertimbun sehinggakan tiada masa lagi untuk melakukan aktiviti luar bersama anak-anak. Orang-orang tua pula ditinggalkan kesyunyian, meniti hari-hari berlalu. Tiada lagi kemeriahan seperti dahulu. Yang lebih parah lagi, masyarakat kini tidak lagi mengamalkan sikap tegur-menegur dijalan, salam-bersalamman hatta ada yang tidak mengenali jiran sebelah rumah.

Jika dikaji dalam pelbagai sudut, aktiviti sebegini bukan sahaja memberi manfaat kepada belia tetapi kepada masyarakat sekeliling. Program sebegini bukan sahaja untuk tujuan mengisi masa lapang masyarakat dan mengurangkan masalah sosial hasil penglibatan golongan belia, dalam masa yang sama ia juga boleh dijadikan gelanggang untuk mencari bakat baru, mengeratkan silaturrahim sesama manusia, disamping memupuk semangat kekitaan di dalam diri kita.

Tradisi sebegini harus "dihidupkan" semula sebagai satu usaha untuk mengurangkan masalah sosial belia muda-mudi kita disamping memupuk kembali silaturrahim agar masyarakat yang berkualiti dapat dilahirkan dalam usaha mencapai kecemerlangan sebuah negara yang aman dan harmoni.

3 comments:

shasha said...

Mmg agak sukar utk mengajak masyarakat utk bersukan atau melakukan aktiviti berfaedah. Bergantung pada pendedahan yang kita terima dan keadaan persekitaran. Tp kepada yang berminat, jgn malu2 utk bertny/mendptkan info mengenai aktiviti yg anda mahu kerana ia sungguh menarik dan bermanfaat.

aiShaH said...

Masyarakat sekarang jarang nak bercampur gaul kerana sibuk dengan tugasan masing-masing.. seronok bila terkenang zaman dulu-dulu.. tapi alhamdulilah masyarakat dekat kawasan saya tinggal masih mengamalkan sikap tolong menolong terutamanya masa kenduri kendara

mursyidi mohd diah said...

yes..sebab tu raihan ade menyanyikan satu lagu yg berkaitan dgn hidup bersatu padu..kalo xtau lagu ape, cari la..